Monday, 24 February 2014

Rahsia Pokok Ati-Ati(coleus) Rimbun

Alhamdulillah aku telah diberi peluang menjalani latihan industri di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tahun lepas selama 3 bulan.
Alhamdulillah jugak byk ilmu2 yang dicurahkan warga DBKU kepadaku termasuklah cara penanaman pokok ati-ati.

sekarang aku nak share ilmu itu kat korang semua,

kita mulakan dengan penyediaan media:

Media yang digunakan ialah
Nisbah 2:1:1
Iaitu 2 kereta sorong tanah,
1 kereta sorong peatgro,
dan 1 kereta sorong pasir.

Media kemudian diratakan menggunakan mesin “soil tiller”.


lepas media sudah rata, letakkan media ke dalam polybag.


seterusnya, buatkan tiga lobang pada tanah di dalam polybag itu untuk memudahkan keratan batang pokok ati-ati di tanam justeru mengurangkan kecederaan pada keratan itu.

Pastu, kita beralih pulak kepada keratan batang,


untuk membuat pokok ati-ati cantik dan rimbun, pokok ati-ati ini perlulah di buat "pinching"
inilah rahsia DBKU. ada jgk yg lme dah tau kn?.ada yg xtau tu, anggap ini sebagai ilmu baru..

apa itu "pinching"?

“Pinching” atau cubitan ialah perbuatan mencubit atau proses membuang pucuk pada tumbuhan.
Bertujuan membenarkan dua dahan yang baru untuk tumbuh.
Sesuai dilakukan apabila daun ke empat sudah tumbuh.


bila pulak daun ke empat itu tumbuh?
-daun keempat akan tumbuh pada minggu ke 2-3

ianya akan berfungsi begini:


hasil selepas cubitan pertama

selepas minggu ke 8-9, bolehlah dibuat cubitan kedua

selepas cubitan kedua

pihak tapak semaian DBKU mengamalkan dua cubitan untuk semua coleus.

sebenarnya ini salah satu task yg d berikan SV aku "KAJIAN PEMERHATIAN PERTUMBUHAN POKOK ATI-ATI(COLEUS) MELALUI “PINCHING”"

hasilnya selama 10 minggu:






**anak panah itu menunjukkan hasil 10 minggu pokok ati-ati dengan dua kali cubitan.
pasu yang lain pula lain bilangan cubitannya..

****minggu ke lima, coleus bolehlah dialih ke dalam pasu.

*sesiapa yang nak pdf pemerhatian ini, boleh la komen di bawah. :)


14 comments: