Sunday, 16 December 2012

Tips Group Assignment.

ASSALAMUALAIKUM..




ILMU ITU PENTING!

*situasi di kampus

madi: sir, assignment ni group atau individu?
sir: ha, soalan yang bagus.. it would be group assignment!
madi: oh yeah.. (dptla aku lepas tgn)


perkara ini sering terjadi kepada kita.. termasuklah sy sendiri..
hapuskan sikap sebergini dalam diri kita..




banyak keburukan jika sikap kita terus begini.

antara langkah2 yang mungkin berkesan untuk tugasan berkumpulan:

1. cari ahli kumpulan yang boleh berkerjasama dgn anda. (jika di suruh pilih)

2.bersedia untuk berkerjasama dgn ahli kumpulan.

3.pilih seseorang antara ahli menjadi ketua.


4. ketua haruslah yang bertanggungjawab dan dapat bekerjasama baik dgn ahli2nya
-bukan seseorg yang akan bermurah hati membuat semua kerja,bukan yang mengarah2kan ahli2 yang lain.
-sebaliknya, membahagikan tugas dgn sama rata, dan bijak menyelesaikan masalah kumpulan

5.membuat tugas yang dibahagikan.

6.dapatkan informasi yang betul, menarik, bykkn contoh,gambar d sbgnya..

7.saling membantu antara kumpulan.

8.mencantum tugas menjadi SATU tugasan.

9. meleraikan segala masalah bersama2 ahli.

10. mendapatkan bantuan pensyarah jika perlu.


Apabila smuanya sudah lengkap, perlulah smua ahli menjelaskan tentang bahagian tugasan yang dilakukan supaya smua ahli faham mengenai tugasan yang dilakukan.
justeru dapat membantu proses memahami dengan berkesan.



jika anda sering tidak bekerjasama, malah tidak berbuat apa2,
anda akan RUGI!
tersangat rugi..

seorng hamba Allah berkata pd sy,
"jika kamu hanya melihat sesuatu tugasan itu,tanpa membuat, kamu akan ingt dan seterusnya kamu akan lupa, apabila kamu melihat serta membuat, kamu akan ingt serta dapat memahaminya"

*p/s
kepada yang tidak bekerjasama antara ahli, anda adalah org yang PENTINGKAN DIRI
& kepada yang bermurah hati membuat semua tugasan, anda juga org yg PENTINGKAN DIRI.

“Barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia maka ia harus mencapainya dengan ilmu; barangsiapa menginginkan kebahagiaan akhirat maka ia harus mncapainya dengan ilmu, dan barangsiapa menginginkan kebahagiaan kedua-duanya maka ia harus mencapainya dengan ilmu.” [HR. Thabarani]

Saturday, 31 March 2012

sakitnya gigi :'(



Sakitnya!!!!!
Pening sampai bergegar otak!
Ini adalah disebabkan GIGI BONGSU...


-Semua orang mempunyai dua jenis gigi iaitu gigi susu atau desidus dan gigi kekal. Gigi susu mempunyai 20 batang gigi. Gigi kekal pula mempunyai 32 batang dan ia akan tumbuh ke dalam mulut ketika anda berumur enam tahun atau tujuh tahun.

-Jenis gigi yang pertama tumbuh di dalam mulut ialah gigi insisif atau kacip. Gigi yang terakhir yang tumbuh ialah gigi bongsu atau molar ketiga. Gigi itu tumbuh ketika berumur 17 tahun. Lazimnya semua 28 gigi kekal (14 dirahang atas dan 14 di rahang bawah) akan tumbuh di dalam mulut anda. Gigi bongsu kadangkala tidak tumbuh langsung ke dalam mulut anda. Ini mungkin disebabkan benih gigi bongsu memang tidak terbentuk dalam rahang dari awal.

-Keadaan itu boleh terjadi kerana rahang terlalu kecil sehingga tidak mempunyai ruang pada rahang untuk memuatkan benih gigi. Gigi bongsu yang terhalang itu dinamakan gigi bongsu terimpak. Gigi itu hanya dilihat dengan jelas melalui kaedah X-ray.

-Gigi bongsu terimpak tidak perlu dicabut keluar daripada rahang jika tidak menimbulkan rasa sakit. Tetapi kadang-kadang ia boleh menghimpit saraf kecil di sekitar rahang sehingga menyebabkan rasa sakit. Rasa sakit itu boleh tersebar ke sekitar bahagian leher dan muka. Jika kedudukan gigi bongsu terimpak di bahagian rahang atas, ia boleh menyebabkan rasa pening yang berterusan di sekitar kening dan sebahagian kepala.

-Rasa sakit itu hanya boleh reda jika gigi bongsu terimpak dicabut.
Gigi bongsu terimpak hanya boleh dikeluarkan dengan kaedah pembedahan ringkas yang dinamakan surgeri minor. Satu torehan akan dibuat pada gusi untuk mendedahkan tulang rahang. Bahagian tulang rahang yang menghalang korona gigi bongsu terimpak akan dibuang dengan satu alat pemotong khusus atau dengan alat geruji gigi. Setelah itu gigi akan dicungkil keluar.
Jika akar gigi tersebut bengkok dan dalam kedudukan melintang, maka gigi dan akar akan dipotong dalam beberapa keratan sebelum keratan itu dikeluarkan satu persatu. Anda akan diberikan satu suntikan bius sebelum pembedahan dilakukan. Suntikan itu bertujuan melalikan bahagian yang akan dibedah. Anda masih dalam keadaan sedar. Bagaimanapun suntikan hanya diberikan dalam kes tertentu sahaja.


Anda jangan rasa cemas jika mengalami bengkak atau rasa yang sakit selepas pembedahan. Doktor gigi akan membekalkan ubat untuk meredahkan rasa sakit. Jika torehan yang dibuat agak panjang, maka gusi anda akan dijahit untuk mencegah perdarahan daripada terjadi.
Jangan mengorek bahagian torehan itu dengan jari atau alat lain. Ini akan menimbulkan infeksi atau keradangan pada luka. Luka akan lambat sembuh. Ikut nasihat doktor untuk segera sembuh.

sumber- MDA.
***

Apa patut aku buat.. adoai..
selagi mampu bertahan, jgn sakit ok gigi!
Aku dah smua 4 tumbuh..
korang dah??
kpd yang belum, GOOD LUCK!
-_-"

Wednesday, 7 March 2012

FINAL EXAM!

Are u ready guys?
Final exam just around the corner..
Good luck for my classmate DPIM!
Good luck for UITMian also..
Wish u and me will pass exam with flying colours!




"SUCCESS IS THE SUM OF SMALL EFFORTS, 
REPEATED DAY IN AND DAY OUT"
 -ROBERT COLLIER

Sunday, 26 February 2012

Tuesday, 7 February 2012

header!








header baru... :)
*Special thanks to my best friend Ain..
Ain yg buatkn..